Lawak 1
Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.
Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..
Murid-Murid : Baik cikgu..
Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad
Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jadi berapa...?
Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..
Cikgu : Hah...??
Lawak 2
Cikgu : Mat, 4 x 6 berapa?

Mat : 24, cikgu...

Cikgu : Bagus, 6 x 4 berapa?

Mat : Sudah tentu 42.
Lawak 3
Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"

Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??

Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".
Lawak 4
GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah.

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.
Prev 1 2 3 4 Next

Saturday 22 October 2011

Operasi Bahagi

Sebuah syarikat percetakan ingin menderma buku sebanyak 12300 buah kepada 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Berapa buah bukukah akan diterima oleh setiap sekolah ?
Kata kunci : 12300 buah buku

 'dibahagikan sama rata kepada'   

30 buah 

Penyelesaian : 

12300 buah buku akan diberi sama rata kepada 30 buah sekolah.
Jadi, setiap sekolah akan menerima 410 buah buku.



12300  30 = 410

0 comments:

Post a Comment